Malaysia legislation

Section 3

of Saya, Nordin bin Abdullah, Pentadbir Tanah Gombak pada menjalankan kuasa

Seksyen 3

Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a)

penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b)

di atas: RM21,500.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Satu Ribu Lima

Ratus sahaja);

(b)

amaun penuh harga belian boleh dibayar serta merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;

(c)

di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—

(i)

maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;

dan

(ii)

sebelum baki belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan kedalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;

(d)

baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120) dari tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 4 September 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan

(e)

di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d) jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.

jadual tanah dan kepentingan

Mukim—Batu. No. P.T./Lot—8842. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 9820.

Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—

No. Perserahan 5747/2001. (Satu (1) Hakmilik sahaja).

Bertarikh 4 Mac 2008

Pentadbir Tanah

[ptDG. 15/109/07 (01)]

Gombak

10hb April 2008]

767

No. 987.

Saya, Shahrizwan bin Shamsudin, Penolong Pentadbir Tanah bagi pihak

Pentadbir Tanah Klang pada menjalankan kuasa yang diperuntukkan oleh seksyen 257/263 Kanun Tanah Negara, dengan ini memerintahkan supaya dijual tanah/bahagian tanah yang tak dipecahkan/pajakan/pajakan kecil yang diperihalkan di dalam Jadual di bawah:

Dan saya selanjutnya memerintahkan—

(a)

bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelongan awam, yang akan diadakan pada 11 April 2008 jam 10.00 pagi bertempat di Perkarangan,

Pejabat Daerah/Tanah Klang, Jalan Kota, 41902 Klang, Selangor;

dan

(b)

bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM75,000.00 (Ringgit

Malaysia: Tujuh Puluh Lima Ribu sahaja).

Section 3 — Saya, Nordin bin Abdullah, Pentadbir Tanah Gombak pada menjalankan kuasa