(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jualan lelongan awam, yang akan diadakan pada 26 Mac 2009, jam 10.30 pagi di Pejabat Tanah,
Ipoh; dan
/akn/my-08/state_gazette/unknown/pkgn002y2009/no-104
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Norhasnisha binti Hashim, Pendaftar Mahkamah Tinggi/Penolong Pentadbir is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 104, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jualan lelongan awam, yang akan diadakan pada 26 Mac 2009, jam 10.30 pagi di Pejabat Tanah,
Ipoh; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu ialah RM140,000.00
(Ringgit: Satu Ratus Empat Puluh Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh siasatan:
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM14,000.00 (RM: Empat Belas Ribu sahaja).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya-
maka, jumlah wang yang dinyatakan di dalam perenggan (a)
hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah wang yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah wang yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari 23 Julai 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan bagi tempoh yang ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang diletakan di bawah seksyen 267.
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
72
[15hb Jan. 2009
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Ulu Kinta. No. P.T.—60223. Jenis dan No. Hakmilik—P.M. 668.
Bahagian tanah (jika ada)—Semua bhg. No. berdaftar gadaian (jika ada)—
Perserahan No.: 984/2005.
Bertarikh 15 Disember 2008
NORHASNISHA BINTI HASHIM
[PTK(I) 7/7/2007 Sj. 55]
b.p. Pentadbir Tanah
Kinta
AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960
(Akta 486)
LAND ACQUISITION ACT 1960
(Act 486)