Malaysia legislation
Section 3
of Saya, Norhasnisha binti Hashim, Pendaftar Mahkamah Tinggi/Penolong Pentadbir
Seksyen 3
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut—
(a)
penawar memilik, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas.
RM72,000.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Puluh Dua Ribu sahaja);
(b)
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar berjaya kepada pemegang gadaian;
(c)
di mana amaun penuh harga jualan jika tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
(i)
maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
(ii)
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian.
(d)
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam tempoh masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 25 Jun 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
(e)
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah wang yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang dinyatakan di bawah seksyen 267.
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
34
[1hb Jan. 2009