(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 9 September 2008 jam 11.30 pagi di Pejabat Tanah
Daerah Johor Bahru; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn016y2008/no-6287
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Norliyati binti Md. Nor, Pendaftar Mahkamah Tinggi/Pentadbir Tanah, is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 6287, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 9 September 2008 jam 11.30 pagi di Pejabat Tanah
Daerah Johor Bahru; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM80,000.00 (Ringgit
Malaysia Lapan Puluh Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM189,153.00 sehingga 20 Mei 2008 nama pemegang gadaian Citibank Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar yang berminat untuk membuat tawaran dikehendaki mendepositkan 10% daripada harga rizab RM8,000.00 (Ringgit
Malaysia Lapan Ribu Sahaja) dalam bentuk Bank Deraf Tempatan atau Cashier’s Order di atas nama Citibank Berhad, sekurang-kurangnya setengah (1/2) jam, sebelum lelong awam bermula, pada hari lelong awam.
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian:
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (a) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120 hari) daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat dari tarikh 7 Januari 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan 4606
[31hb Julai 2008
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (a) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267A.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Johor Bahru. Mukim—Tanjung Kupang. No. P.T.D.—631. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 1153. Bahagian Tanah (jika ada)—Tiada. No.
Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Perserahan No. 490/2006 bertarikh 27 April 2006.
Bertarikh 17 Julai 2008
[PTDJB(L) 6/2007]
NORLIYATI BINTI MD. NOR
Pentadbir Tanah
Johor Bahru