(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 28 Oktober 2008 di Pejabat Tanah Daerah Johor
Bahru jam 10.30 pagi; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn020y2008/no-7046
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Norliyati binti Md. Nor, Pendaftar Mahkamah Tinggi/Pentadbir Tanah is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 7046, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 28 Oktober 2008 di Pejabat Tanah Daerah Johor
Bahru jam 10.30 pagi; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu adalah RM76,500.00
(Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Enam Ribu Lima Ratus Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM113,300.95 sehingga 25 Julai 2006 nama pemegang gadaian CIMB Bank (M) Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar yang berminat untuk membuat tawaran dikehendaki mendepositkan 10% daripada harga rizab RM7,650.00 (Ringgit
Malaysia Tujuh Ribu Enam Ratus Lima Puluh Sahaja) dalam bentuk
Bank Draf Tempatan atau Cashier’s Order di atas nama CIMB
Bank (M) Berhad sekurang-kurangnya setengah (1/2) jam, sebelum lelongan awam bermula pada hari lelong awam.
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (a) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120) dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 25 Februari 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan pada atau sebelum tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (a) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267A.
25hb Sept. 2008]
5249
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Johor Bahru. Mukim—Pulai. No. P.T.D.—4523. Jenis dan No.
Hakmilik—H.S.(M) 706. Bahagian Tanah (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar
Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—
Perserahan No. 1105/1997, Jilid 55, Folio 66 bertarikh 19 Disember 1997.
Bertarikh 27 Ogos 2008
[PTDJB(L) 18/2006]
NORLIYATI BINTI MD. NOR
Pentadbir Tanah
Johor Bahru