(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 18 Mac 2008 di Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru jam 10.30 pagi; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn005y2008/no-761
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Norliyati binti Md. Nor, Pendaftar Mahkamah Tinggi/Pentadbir Tanah is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 761, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 18 Mac 2008 di Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru jam 10.30 pagi; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu adalah RM110,000.00
(Ringgit Malaysia Satu Ratus Sepuluh Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM154,734.92 sehingga 4 Januari 2006 nama pemegang gadaian Affin Bank Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar yang berminat untuk membuat tawaran dikehendaki mende
posit 10% daripada harga rizab RM11,000.00 (Ringgit Malaysia Sebe
las Ribu Sahaja) dalam bentuk Bank Deraf Tempatan atau Cashierʼs
Order di atas nama Affin Bank Berhad, sekurang-kurangnya setengah
(1/2) jam sebelum lelongan awam bermula pada hari lelong awam.
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (a) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120) dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 16 Ogos 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan 28hb Feb. 2008]
701
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan pada atau sebelum tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (a) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267A.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Johor Bahru. Mukim—Tebrau. No. M.L.O.—1326. Jenis dan No.
Hakmilik—H.S.(M) 262. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No.
Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Perserahan No. 372/2001 bertarikh 24 Julai 2001.
Bertarikh 14 Februari 2008
[PTDJB(L) 21/2002]
NORLIYATI BINTI MD. NOR
Pentadbir Tanah
Johor Bahru