Malaysia legislation
Section 3
of Saya, Norliyati binti Md. Nor, Pendaftar Mahkamah Tinggi/Pentadbir Tanah
Seksyen 3
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a)
penawar yang berminat untuk membuat tawaran dikehendaki mendeposit 10% daripada harga rizab RM146,300.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Empat
Puluh Enam Ribu Tiga Ratus Sahaja) dalam bentuk Bank Deraf Tempatan atau Cashierʼs Order di atas nama CIMB Bank Berhad, sekurang-kurangnya setengah (1/2) jam sebelum lelongan awam bermula pada hari lelong awam.
(b)
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
(c)
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (a) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
(d)
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120) dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 16 Ogos 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
(e)
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan pada atau sebelum tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (a) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267A.