Malaysia legislation

Section 3

of Saya, Norliyati binti Md. Nor, Pendaftar Mahkamah Tinggi/Pentadbir Tanah

Seksyen 3

Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a)

penawar yang berminat untuk membuat tawaran dikehendaki mendepositkan 10% daripada harga rizab RM29,700.00 (Ringgit

Malaysia Dua Puluh Sembilan Ribu Tujuh Ratus Sahaja) dalam bentuk

Bank Draf Tempatan atau Cashier’s Order di atas nama Standard

Chartered Bank (M) Berhad sekurang-kurangnya setengah (1/2) jam, sebelum lelongan awam bermula pada hari lelong awam;

(b)

amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;

(c)

di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya–

(i)

maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan

(ii)

sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (a) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;

(d)

baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120) dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari tarikh 17 April 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan 4hb Dis. 2008]

6309

WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR

(e)

di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (a) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267A.

Section 3 — Saya, Norliyati binti Md. Nor, Pendaftar Mahkamah Tinggi/Pentadbir Tanah