(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 17 Januari 2006 di hadapan Pejabat Tanah Daerah
Johor Bahru jam 10.30 pagi; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn001y2006-2/no-80
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Norliyati binti Md. Nor, Pentadbir Tanah pada menjalankan kuasa yang is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 80, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 17 Januari 2006 di hadapan Pejabat Tanah Daerah
Johor Bahru jam 10.30 pagi; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu adalah RM35,000.00
(Ringgit Malaysia Tiga Puluh Lima Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM32,003.59 sehingga 27 September 2005
nama pemegang gadaian RHB Bank Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di perenggan 1(b) di atas: RM3,500.00
(Ringgit Malaysia Tiga Ribu Lima Ratus Sahaja).
5hb Jan. 2006]
77
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
penawar yang berminat untuk membuat tawaran dikehendaki mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk
Bank Draf Tempatan atau Cek Jurubank, di atas nama RHB Bank
Berhad, sekurang-kurangnya setengah (1/2) jam, sebelum lelong awam bermula, pada hari lelong awam.
Pembeli yang berjaya dalam lelong tersebut, mestilah membayar dengan serta-merta setelah lelongan ditamatkan baki 10% dari Harga
Jualan setelah mengambil kira 10% dari Harga Rizab yang telah dibayar.
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) dan (c) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (a) dan (c) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120) dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 16 Mei 2006 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan pada atau sebelum tarikh yang ditentukan dalam perenggan (f), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (a) dan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267A.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Johor Bahru. Mukim—Plentong. No. P.T.D.—36889. Jenis dan No.
Hakmilik—H.S.(M) 1138. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No.
Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Perserahan No. 388/87, Jilid 24, Folio 165 bertarikh 27 Julai 1987.
Bertarikh 9 Disember 2005
[PTDJB(L) 13/2005]
NORLIYATI BINTI MD. NOR
Pentadbir Tanah
Johor Bahru
78
[5hb Jan. 2006
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR