Malaysia legislation

Section 3

of Saya, Norliyati binti Md. Nor, Pentadbir Tanah pada menjalankan kuasa yang

Seksyen 3

Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a)

penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di perenggan 1(b) di atas: RM9,500.00

(Ringgit Malaysia Sembilan Ribu Lima Ratus Sahaja).

(b)

penawar yang berminat untuk membuat tawaran dikehendaki mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf

Tempatan atau Cek Jurubank, di atas nama OCBC Bank (Malaysia)

Berhad, sekurang-kurangnya setengah (1/2) jam, sebelum lelong awam bermula, pada hari lelong awam.

(c)

Pembeli yang berjaya dalam lelong tersebut, mestilah membayar dengan serta-merta setelah lelongan ditamatkan baki 10% dari Harga

Jualan setelah mengambil kira 10% dari Harga Rizab yang telah dibayar.

(d)

amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;

(e)

di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:

i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) dan (c) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan 5hb Jan. 2006]

79

WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (a) dan (c) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;

(f)

baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120) dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 16 Mei 2006 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan

(g)

di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan pada atau sebelum tarikh yang ditentukan dalam perenggan (f), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (a) dan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267A.

Section 3 — Saya, Norliyati binti Md. Nor, Pentadbir Tanah pada menjalankan kuasa yang