(a)
Bahawa jualan ini hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 16 Mac 2009 pada 10.00 pagi di Sudut Lelongan Awam
Pejabat Tanah, Dungun.
/akn/my-11/state_gazette/unknown/tggn004y2009/no-57
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Norliza binti Ismail, Pentadbir Tanah pada menjalankan kuasa yang diberi is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 57, currently marked in force.
Bahawa jualan ini hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 16 Mac 2009 pada 10.00 pagi di Sudut Lelongan Awam
Pejabat Tanah, Dungun.
Bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM103,000.00. (Ringgit
Malaysia: Satu Ratus Tiga Ribu sahaja)
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM269,551.
62. Nama pemegang gadaian AMISLAMIC Bank Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM10,300.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu Tiga Ratus sahaja).
Amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian.
Di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya–
maka, jumlah wang yang dinyatakan di dalam perenggan (a)
hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah wang yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah wang yang kena dibayar kepada pemegang gadaian.
12hb Feb. 2009]
59
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
Baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 14 Julai 2009 dan bahawa tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah dinyatakan; dan
Di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah wang yang dibayar sebagaimana deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang dinyatakan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Kuala Paka. No. Lot—6022. Jenis dan No. Hakmilik—
G.M. 4704. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—
No. Perserahan 794/2003.
Bertarikh 21 Disember 2008
Pentadbir Tanah
[PTD. 07/53/2008/0005-
]
Dungun