Malaysia legislation

Section 3

of Saya, Norliza binti Ismail, Pentadbir Tanah pada menjalankan kuasa yang diberi

Seksyen 3

Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a)

Penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1 (b) di atas:

RM11,200.00 (Ringgit Malaysia: Sebelas Ribu Dua Ratus sahaja).

(b)

Amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian.

(c)

Di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya–

(i)

maka, jumlah wang yang dinyatakan di dalam perenggan (a)

hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan

(ii)

sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah wang yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah wang yang kena dibayar kepada pemegang gadaian.

WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

848

[31hb Julai 2008

(d)

Baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 17 Februari 2009 dan bahawa tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah dinyatakan; dan

(e)

Di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah wang yang dibayar sebagaimana deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang dinyatakan di bawah seksyen 267.

Section 3 — Saya, Norliza binti Ismail, Pentadbir Tanah pada menjalankan kuasa yang diberi