(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 23 Januari 2008 jam 11.00 pagi di Pejabat Tanah
Jerantut; dan
/akn/my-06/state_gazette/unknown/phgn001y2008/no-63
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Rosman bin Ali, Pentadbir Tanah Jerantut pada menjalankan kuasa is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 63, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 23 Januari 2008 jam 11.00 pagi di Pejabat Tanah
Jerantut; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM100,000.00 (Ringgit
Malaysia: Seratus Ribu sahaja);
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada CIMB Bank Berhad pada tarikh ini ialah RM48,280.21.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
[3hb Jan. 2008 26
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih dari satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 22 Mei 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
Jadual tanah dan kepentingan
Mukim—Teh. No. P.T.—90. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 537. Bahagian
Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 391/1999. (Satu (1) Hakmilik sahaja).
Bertarikh 21 Jun 2007
Pentadbir Tanah Daerah
[PTJ. 2.7.3/2007]
Jerantut