(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 2 April 2008 (Rabu) jam 10.00 pagi di Perkarangan
Pejabat Tanah Temerloh; dan
/akn/my-06/state_gazette/unknown/phgn005y2008/no-468
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Rosmiza Asma binti Abd Razak (KP. 780324-03-5470), Pentadbir Tanah is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 468, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 2 April 2008 (Rabu) jam 10.00 pagi di Perkarangan
Pejabat Tanah Temerloh; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM80,000.00. (Ringgit
Malaysia: Lapan Puluh Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM111,772.
30. Nama Pemegang Gadaian: Public Bank
Berhad, 74 & 75 Jalan Ahmad Shah 1, Lurah Semantan, 28000 Temerloh.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM8,000.00;
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian mestilah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 30 Julai 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
[28hb Feb. 2008 334
jadual tanah dan kepentingan
Bandar/Pekan/Mukim—Mentakab Daerah Temerloh. No. P.T.—11755. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 3087. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua
Bahagian. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 999/1999. (Satu
Hakmilik sahaja).
Bertarikh 9 Januari 2008
Pentadbir Tanah Daerah
[ptT. 4/369/28/2006]
Temerloh