(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Khamis 27 November 2008 di Pejabat Pentadbir
Tanah, Bangunan Sultan Ismail, 82000 Pontian, Johor jam 10.00
pagi; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn020y2008/no-7053
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Sharifulizan bin Sharifuddin @ Hamzah, Pentadbir Tanah pada menjalankan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 7053, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Khamis 27 November 2008 di Pejabat Pentadbir
Tanah, Bangunan Sultan Ismail, 82000 Pontian, Johor jam 10.00
pagi; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM490,000.00 (Ringgit
Malaysia Empat Ratus Sembilan Puluh Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM2,120,570.51 setakat 19 Ogos 2008.
Nama pemegang gadaian: CIMB Bank Berhad,
Tingkat 11, Menara Bumiputra,
No. 21, Jalan Melaka,
50100 Kuala Lumpur
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM49,000.00
(Ringgit Malaysia Empat Puluh Sembilan Ribu Sahaja).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian:
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120 hari) daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat dari tarikh 26 Mac 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan;
dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
5258
[25hb Sept. 2008
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Pontian. Bandar/Pekan/Mukim—Jeram Batu. No. Lot—1957. Jenis dan
No. Hakmilik—G.M. 675. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No.
Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Perserahan No. 2732/2000, Jilid 145, Folio 20 bertarikh 21
Disember 2000.
Bertarikh 19 Ogos 2008
[PTDP 13/42/2008]
SHARIFULIZAN BIN SHARIFUDDIN @ HAMZAH b.p. Pentadbir Tanah
Pontian