Malaysia legislation
Section 3
of Saya, Sharifulizan bin Sharifuddin @ Hamzah, Pentadbir Tanah pada menjalankan
Seksyen 3
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a)
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM22,000.00
(Ringgit Malaysia Dua Puluh Dua Ribu Sahaja);
(b)
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
(c)
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya–
(i)
maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
(ii)
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
(d)
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120 hari) daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat dari tarikh 23 Julai 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan;
dan
(e)
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang
29hb Jan. 2009]
605
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
jadual tanah dan kepentingan
Daerah—Pontian. Bandar/Pekan/Mukim—Rimba Terjun. No. p.t.d.—10641.
Jenis dan No. Hakmilik—h.s.(m) 1804. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua
Bahagian. No. Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar
Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 16/2004 bertarikh 1 Januari 2004.
Bertarikh 11 Disember 2008
[PTDP 13/56/2008]
Sharifulizan bin Sharifuddin @ Hamzah b.p. Pentadbir Tanah
Pontian