(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Rabu 17 Disember 2008 di Pejabat Pentadbir
Tanah, Bangunan Sultan Ismail, 82000 Pontian, Johor jam 10.30
pagi; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn021y2008/no-7339
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Sharifulizan bin Sharifuddin @ Hamzah, Pentadbir Tanah Pontian pada is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 7339, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Rabu 17 Disember 2008 di Pejabat Pentadbir
Tanah, Bangunan Sultan Ismail, 82000 Pontian, Johor jam 10.30
pagi; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM130,000.00 (Ringgit
Malaysia Satu Ratus Tiga Puluh Ribu Sahaja).
5490
[9hb Okt. 2008
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini RM181,157.66 setakat 17 Jun 2008.
Nama pemegang gadaian: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia,
No. 11, Jalan Delima 2,
Pusat Perdagangan Pontian,
82000 Pontian.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM13,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Belas Ribu Sahaja).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian:
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120 hari) daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 15 April 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Pontian. Bandar/Pekan/Mukim—Jeram Batu. No. P.T.D.—10632.
Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 4301. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua
Bahagian. No. Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar
Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 40/2005 bertarikh 4 Januari 2005.
Bertarikh 17 Jun 2008
[PTDP 13/11/2008]
SHARIFULIZAN BIN SHARIFUDDIN @ HAMZAH b.p. Pentadbir Tanah
Pontian
9hb Okt. 2008]
5491
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR