(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 27 Februari 2007 bertempat di Pejabat Tanah Muar,
Johor jam 11.00 pagi; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn004y2007/no-669
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Suhairi bin Hashim, Pentadbir Tanah dalam menjalankan kuasa-kuasa is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 669, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 27 Februari 2007 bertempat di Pejabat Tanah Muar,
Johor jam 11.00 pagi; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu adalah RM30,000.00
(Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian iaitu Malayan Banking Berhad pada tarikh ini adalah RM31,188.40 setakat 18
Januari 2007.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM3,000.00
(Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian:
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
616
[15hb Feb. 2007
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR i.
maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii.
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120 hari) daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 26 Jun 2007 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267 Kanun Tanah Negara.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Muar. Bandar/Pekan/Mukim—Sungai Terap. No. Lot—4007. Jenis dan No. Hakmilik—G.M. 2335. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar
Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—
Perserahan No. 4112/2004.
Bertarikh 18 Januari 2007
[PTDM(LEL) 118/2006]
SUHAIRI BIN HASHIM
Pentadbir Tanah
Muar