(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 11 Januari 2006 bertempat di Pejabat Tanah Muar,
Johor jam 11.30 pagi; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn001y2006-2/no-77
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Suhairi bin Hashim, Pentadbir Tanah, dalam menjalankan kuasa-kuasa is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 77, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 11 Januari 2006 bertempat di Pejabat Tanah Muar,
Johor jam 11.30 pagi; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu ialah RM113,000.00
(Ringgit Malaysia Satu Ratus Tiga Belas Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian iaitu Bank Islam Malaysia Berhad pada tarikh 12 Oktober 2005 ini ialah RM17,046.75.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM11,300.00 (Ringgit Malaysia Sebelas Ribu Tiga Ratus Sahaja).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada 120 hari dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 14 Mei 2006 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267 Kanun Tanah Negara.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Muar. Bandar/Pekan/Mukim—Kesang. No. Lot—1190. Jenis dan
No. Hakmilik—E.M.R. 1320. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Ber
daftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 1627/1997, Jilid 226, Folio 58.
Bertarikh 12 Oktober 2005
[PTDM(LEL) 60/2005]
SUHAIRI BIN HASHIM
Pentadbir Tanah
Muar
74
[5hb Jan. 2006
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR