(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 17 April 2006 bertempat di Pejabat Tanah, Segamat jam 10.30 pagi; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn008y2006/no-715
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Ungku Mohd Tahir bin Ungku Mohd Zakaria, Pentadbir Tanah pada is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 715, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 17 April 2006 bertempat di Pejabat Tanah, Segamat jam 10.30 pagi; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu adalah RM95,000.00 (Ringgit
Malaysia Sembilan Puluh Lima Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian iaitu Public Bank Berhad pada tarikh ini ialah RM90,676.02.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM9,500.00 (Ringgit
Malaysia Sembilan Ribu Lima Ratus Sahaja).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i.
maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii.
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada 120 hari dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari tarikh 15
Ogos 2006 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan 13hb April 2006]
821
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Segamat. Bandar/Pekan/Mukim—Sg. Segamat. No. P.T.D.—15643.
Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 5586. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua
Bahagian. No. Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar
Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 1239/2004 bertarikh 29 September 2004.
Bertarikh 8 Mac 2006
[PTDSHM(L) 40/2005]
UNGKU MOHD TAHIR BIN UNGKU MOHD ZAKARIA b.p. Pentadbir Tanah
Segamat