Malaysia legislation

Section 3

of Saya, Ungku Suzana binti Ungku Mohammad, Pentadbir Tanah, pada menjalankan

Seksyen 3

Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a)

penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM20,700.00

(Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Tujuh Ratus Sahaja).

(b)

penawar yang berminat untuk membuat tawaran dikehendaki mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Deraf

Tempatan atau Cek Jurubank, di atas nama Public Bank Berhad, sekurang-kurangnya setengah (1/2) jam, sebelum lelong awam bermula, pada hari lelong awam.

(c)

pembeli yang berjaya dalam lelong tersebut, mestilah membayar dengan serta-merta setelah lelongan ditamatkan baki 10% dari Harga Jualan setelah mengambil kira 10% dari Harga Rizab yang telah dibayar.

(d)

amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;

(e)

di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:

1616

[22hb Jun 2006

WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR i.

maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii.

sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;

(f)

baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120) daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat dari tarikh 7 November 2006 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan

(g)

di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (a) dan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267A.

Section 3 — Saya, Ungku Suzana binti Ungku Mohammad, Pentadbir Tanah, pada menjalankan