(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jualan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Selasa 25hb Mei 2004 di Pejabat Tanah Daerah
Johor Bahru jam 11.00 pagi; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn010y2004/no-957
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Ungku Suzana bt. Ungku Mohammad, Pendaftar Mahkamah Tinggi/ is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 957, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jualan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Selasa 25hb Mei 2004 di Pejabat Tanah Daerah
Johor Bahru jam 11.00 pagi; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu adalah RM70,000.00 (Ringgit
Malaysia Tujuh Puluh Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian iaitu Bumiputra-Commerce Bank Berhad pada tarikh ini ialah RM23,817.42
sehingga 6hb April 2004.
Jualan hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di perenggan 1(b) di atas: RM7,000.00 (Ringgit
Malaysia Tujuh Ribu Sahaja).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar dengan sertamerta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i.
maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian dibayar; dan
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
6hb Mei 2004]
873
ii.
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada 120 hari dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 22hb September 2004 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan pada atau sebelum tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan dibawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Johor Bahru. Mukim—Plentong. No. Lot—PTD 22621. Jenis dan No.
Hakmilik—HS(M) 842. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No.
Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 577/83, Jilid 19, Folio 177 bertarikh 10hb Ogos 1983.
Bertarikh pada 6hb April 2004.
[PTDJB(L)58/2003.]
UNGKU SUZANA BT UNGKU MOHAMMAD,
Pendaftar Mahkamah/Pentadbir Tanah,
Johor Bahru