Malaysia legislation
Section 2
of Saya, Ungku Suzana bt. Ungku Mohammad, Pentadbir Tanah dalam menjalankan
Seksyen 2
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian iaitu OCBC Bank (Malaysia) Berhad pada tarikh ini ialah RM267,569.57 sehingga 25hb Februari 2004.
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
874
[6hb Mei 2004 3.
Jualan hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a)
penawar memiliki jumlah bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di perenggan 1(b) di atas:
GM 606 Lot 7 Mukim Tanjung Kupang – RM75,000.00 (Ringgit
Malaysia Tujuh Puluh Lima Ribu Sahaja).
HS(M) 502 PTD 683 Mukim Tanjung Kupang – RM18,000.00 (Ringgit
Malaysia Lapan Belas Ribu Sahaja).
(b)
amaun penuh harga jualan boleh dibayar dengan sertamerta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
(c)
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i.
maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian dibayar; dan ii.
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
(d)
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada 120 hari dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 22hb September 2004 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
(e)
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan pada atau sebelum tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan dibawah seksyen 267.