(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jualan lelongan awam, yang akan diadakan pada hari Khamis, 12 Februari 2009, jam 10.00 pagi di Pejabat Tanah Gopeng dan Kampar; dan
/akn/my-08/state_gazette/unknown/pkgn002y2009/no-102
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Wan Azma binti Meor Aris, Penolong Pentadbir Tanah, pada menjalankan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 102, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jualan lelongan awam, yang akan diadakan pada hari Khamis, 12 Februari 2009, jam 10.00 pagi di Pejabat Tanah Gopeng dan Kampar; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu ialah RM80,000.00 (Ringgit:
Lapan Puluh Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM:
RM56,675.57 RHB Bank Berhad
(RM: Lima Puluh Enam Ribu, Enam Ratus Tujuh Puluh Lima dan
Lima Puluh Tujuh Sen sahaja).
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM8,000.00 (RM: Lapan Ribu sahaja).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya-
maka, jumlah wang yang dinyatakan di dalam perenggan (a)
hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
15hb Jan. 2009]
69
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah wang yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah wang yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari 11 Jun 2009 dan bahawa tiada ada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah dinyatakan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah wang yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang dinyatakan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Teja. No. P.T.—1139. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 690. Bahagian tanah (jika ada)—Semua bhg. No. berdaftar gadaian (jika ada)—Perserahan
No.: 1520/2002.
Bertarikh 17 Disember 2008
WAN AZMA BINTI MEOR ARIS
[PTG&K(D) 17/5-31]
b.p. Pentadbir Tanah Kinta
Gopeng/Kampar