Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA PENIAGA SEKENDHEND 1946

Seksyen 12

Buku akaun

(a)

suatu buku, ditulis dengan cara mudah dibaca dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris, dalam mana dia hendaklah mencatatkan butir-butir mengenai semua barang yang dibeli olehnya, berserta tarikh pembeliannya, harga yang dibayar baginya dan nama dan alamat orang daripada siapa dia telah membelinya dan apa-apa butir lain yang ditetapkan; dan

(b)

suatu buku, ditulis dengan cara mudah dibaca, dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris, dalam mana dia hendaklah mencatatkan butir-butir mengenai semua barangan yang dijual olehnya berserta tarikh penjualannya, harga yang diterima baginya dan nama dan alamat orang kepada siapa dia telah menjualnya dan apa-apa butir lain yang ditetapkan.

(2)

Buku itu hendaklah dikemukakan untuk diperiksa pada bila-bila masa apabila diminta oleh seorang Majistret atau oleh seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada sarjan.

(3)

Seseorang peniaga berlesen yang tidak mematuhi seksyen ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan, bagi kesalahan kali pertama, denda tidak mlebihi dua ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya, dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, penjara bagi tempoh tidak melebihi dua tahun.

Maklumat mengenai harta curi