Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(2)
Jika apa-apa harta yang bersamaan dengan senarai dan perihal itu ada dalam milikan mana-mana peniaga berlesen atau ditawarkan atau ditunjukkan kemudian daripada itu kepada mana-mana peniaga berlesen, dia hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu memberi maklumat bermaksud demikian itu di balai polis yang hampir sekali atau kepada mana-mana pegawai polis, berserta nama dan alamat orang yang daripada siapa dia telah memperolehi harta itu atau yang telah menawarkan atau menunjukkan harta itu kepadanya.
(3)
Seseorang peniaga berlesen yang tidak memberi maklumat sebagaimana dikehendaki di bawah subseksyen (2) boleh, apabila disabitkan, dikenakan, bagi kesalahan kali pertama, denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya, dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, penjara bagi tempoh tidak melebihi dua tahun, dan, jika harta curi itu terdiri, kesemua atau sebahagiannya, daripada bahagian kenderaan motor, peniaga berlesen itu boleh, apabila disabitkan, dikenakan, sama ada bagi kesalahan kali pertama atau yang berikutnya, denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya.
(4)
Peniaga berlesen itu boleh juga dalam hal yang demikian itu menahan orang yang menawarkan atau menunjukkan harta itu sehingga polis tiba.
Laporan mengenai pembelian atau penjualan bahagian kenderaan motor