Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada koperal atau mana-mana pegawai polis yang ditugaskan menjalankan kerja mengintip dan mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa secara khas secara bertulis oleh pegawai pelesen untuk bertindak di bawah Akta ini, boleh memasuki mana-mana kedai peniaga berlesen pada bila-bila masa dan boleh memeriksa tanpa waran kedai peniaga berlesen itu untuk mencari apa-apa harta yang dia ada sebab bagi mengesyaki sebagai ada di dalamnya dan sebagai harta curi atau sebagai telah hilang.