Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(1)
Jika seseorang disabitkan dalam mana-mana mahkamah atas suatu kesalahan terhadap Bab XVII Kanun Keseksaan [Akta 574]
berkenaan dengan apa-apa harta, dan mahkamah berpendapat bahawa harta itu telah dijual kepada seorang peniaga berlesen, mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, apabila dibuktikan siapakah pemunya harta itu, memerintahkan supaya harta itu diserahkan kepada pemunyanya sama ada dengan dibayar kepada peniaga berlesen itu amaun harga beliannya itu atau apa-apa bahagiannya mengikut sebagaimana yang difikirkan adil dan patut oleh mahkamah, memandangkan kepada kelakuan pemunya itu dan hal keadaan lain kes itu.
(2)
Mahkamah boleh juga menangguhkan perbicaraan itu untuk membolehkan peniaga berlesen itu hadir dan boleh memanggil peniaga berlesen itu supaya hadir di perbicaraan tangguhan itu.
(3)
Jika, selepas mendengar peniaga berlesen itu, mahkamah berpendapat bahawa peniaga berlesen itu telah tidak berhati-hati dalam membeli sesuatu harta curi, mahkamah boleh memerintahkan peniaga berlesen itu membayar denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau menjalani hukuman penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan, atau menanggung kedua-dua penalti itu dan, jika harta itu terdiri, sama ada kesemuanya atau sebahagiannya, daripada bahagian kenderaan motor, mahkamah boleh memerintahkan peniaga berlesen itu membayar denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau menjalani hukuman penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau menanggung kedua-dua penalti.
Tanggungan peniaga dan pekhidmat terhadap perbuatan pekhidmat