Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Lesen
Tiada seseorang, melainkan dikecualikan daripada seksyen ini, boleh berniaga barangan sekendhend kecuali mengikut syarat lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini dalam borang dalam Jadual
Pertama, dan di tempat yang dinyatakan dalam lesen itu:
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 189
Dengan syarat bahawa seseorang yang berniaga semata-mata barangan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua atau mana-mana daripadanya boleh diberi lesen dalam borang dalam Jadual Ketiga.
Seksyen 7, 12, 13, 15 dan 16 tidak boleh dipakai bagi pemegang lesen itu, dan juga lesen itu tidak perlu menyatakan tempat perniagaannya, tetapi tiap-tiap pemegang lesen itu hendaklah membawa lesennya dengannya dan hendaklah mengemukakan lesen itu untuk diperiksa pada bila-bila masa apabila diminta oleh mana-mana pegawai polis.