Malaysia legislation

Section 9

of *AKTA PENIAGA SEKENDHEND 1946

Seksyen 9

Penalti

Seseorang yang melanggar seksyen 6 atau seksyen 8 boleh, apabila disabitkan, bagi kesalahan kali pertama, dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak

Peniaga Sekendhend 9

melebihi tiga bulan, atau kedua-duanya, dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya, dan, jika barangan yang diniagakan itu terdiri, kesemuanya atau sebahagiannya, daripada bahagian kenderaan motor, boleh, apabila disabitkan, dikenakan, sama ada bagi kesalahan pertama atau yang berikutnya, denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya.