Malaysia legislation

Section 11

of AKTA PERINDUSTRIAN SEKURITI (DEPOSITORI PUSAT) 1991

Seksyen 11

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

"hari pasaran", berhubungan dengan sesuatu bursa saham, ertinya hari suatu pasaran saham bursa saham itu dibuka untuk perdagangan sekuriti-sekuriti;

"juruaudit syarikat diluluskan" mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada ungkapan itu di bawah subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965;

"rekod pendeposit-pendeposit" ertinya suatu rekod yang diberikan oleh suatu depositori pusat kepada suatu penerbit di bawah seksyen 34 yang mengandungi butirbutir yang dinyatakan dalam subseksyen (3) seksyen tersebut;

"sekuriti ditetapkan" ertinya sekuriti yang telah ditetapkan oleh sesuatu bursa saham untuk didepositkan dengan suatu depositori pusat di bawah seksyen 14;

"sijil jumbo", berhubungan dengan sekuriti telah-deposit, ertinya suatu sijil yang terdiri daripada tidak kurang daripada lima puluh ribu unit sekuriti sesuatu penerbit yang didaftarkan di atas nama suatu depositori pusat atau syarikat namaannya, sebagai namaan bagi pendeposit-pendeposit;

“tarikh ditetapkan”, berhubungan dengan mana-mana sekuriti ditetapkan, ertinya tarikh yang dinyatakan dalam notis yang diberikan oleh suatu bursa saham di bawah seksyen 14 sebagai hari terakhir sekuriti ditetapkan itu boleh diperdagangkan di suatu pasaran saham bursa saham itu melainkan jika sekuriti itu telah didepositkan dengan depositori pusat;

“tarikh pemberitahuan”ertinya tarikh notis menurut subseksyen 14 (2) diberikan oleh suatu bursa saham.