Malaysia legislation

Section 18

of AKTA PERINDUSTRIAN SEKURITI (DEPOSITORI PUSAT) 1991

Seksyen 18

(2)

Penerbit itu hendaklah, apabila menerima skrip dan suratcara itu, dengan segera melakukan segala tindakan dan perkara yang perlu untuk mendaftarkan pemindahan sekuriti di bawah skrip itu atas nama depositori pusat itu atau syarikat namaannya.

sesuate bursa

Saham AA742

(3)

Tanpa menjejaskan hak penerbit untuk menolak pendaftaran sesuatu pemindahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, penerbit itu hendaklah menolak pendaftaran pemindahan yang disebutkan dalam subseksyen (2) jika—

(a)

ia menentukan bahawa skrip itu bukan suatu skrip yang tulen atau adalah suatu skrip yang telah dilaporkan hilang atau musnah; atau

(b)

berhubungan dengan mana-mana sekuriti tersebut, ia mendapat tahu bahawa—

(i)

terdapat suatu penduaan dalam penerbitan skrip yang merupakan sekuriti itu; atau

(ii)

skrip itu adalah suatu skrip yang diterbitkan dengan melebihi modal syer terbitan penerbit itu; atau

(c)

ia telah disampaikan dengan suatu perintah mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten yang melarang apa-apa urusniaga berkenaan dengan sekuriti di bawah skrip itu; atau

(d)

suatu perintah di bawah peraturan 8 Peraturan Peraturan Perlu (Perlindungan kepada Pendeposit) 1986 telah dibuat oleh Bank Negara Malaysia dan disiarkan dalam Warta menghalang orang yang mendepositkan skrip itu daripada berurusniaga dengan mana-mana wang, harta atau asetnya.

(4)

Dalam masa tujuh hari pasaran selepas sesuatu pemindahan diserahsimpan dengan penerbit atau dalam tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan secara bertulis oleh suatu depositori pusat, penerbit itu hendaklah (selain daripada dalam mana-mana hal yang disebutkan dalam subseksyen (3) di atas) menyiapkan dan menyerahkan sijil yang berkenaan kepada depositori pusat itu.

(5)

Seksyen 105 Akta Syarikat 1965 tidaklah terpakai berhubungan dengan mana-mana pemindahan yang dikehendaki supaya didaftarkan oleh penerbit menurut seksyen ini dan subseksyen 15(4), tetapi jika penerbit menolak pendaftaran sesuatu pemindahan sedemikian, ia hendaklah menyampaikan kepada pemindah dan depositori pusat itu (yang merupakan penerima pindahan) suatu notis bertulis yang memberikan sebab-sebab bagi penolakan itu.

(6)

Walau apa pun peruntukan-peruntukan seksyen 103 Akta Syarikat 1965, sesuatu suratcara pemindahan yang diserahsimpan dengan penerbit menurut subseksyen (1) hendaklah boleh didaftarkan atas nama suatu depositori pusat atau syarikat namaannya jika suratcara itu telah diperakui oleh ejen depositori diberikuasa sebagai ganti penyempurnaannya oleh depositori pusat itu atau syarikat namaannya.

(7)

Bagi maksud-maksud seksyen ini—

(a)

sesuatu suratcara pemindahan hendaklah disifatkan sebagai diperakui jika ia mengandungi perkataan-perkataan "sijil diserahsimpan bagi pendaftaran atas nama ... (nama depositori pusat atau syarikat namaannya, mengikut mana-mana yang berkenaan) ..." atau perkataan-perkataan yang bermaksud sedemikian;

(b)

perakuan sesuatu suratcara pemindahan hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat oleh ejen depositori diberikuasa jika—

(i)

orang yang mengeluarkan suratcara itu ialah seseorang yang pada zahirnya diberikuasa untuk mengeluarkan suratcara-suratcara pemindahan yang terperaku bagi pihak ejen itu; dan

(ii)

perakuan itu telah ditandatangani oleh seseorang yang pada zahirnya diberikuasa untuk memperakui pemindahan-pemindahan bagi pihak ejen itu;

(c)

sesuatu perakuan yang berupa sebagai disahkan melalui tandatangan atau tandatangan ringkas seseorang (sama ada ditulis-tangan atau tidak)

hendaklah disifatkan sebagai ditandatangani oleh orang itu, melainkan jika adalah ditunjukkan bahawa tandatangan atau tandatangan ringkas itu tidak diturunkan olehnya atau tidak diturunkan oleh mana-mana orang lain yang pada zahirnya diberikuasa untuk menggunakan tandatangan atau tandatangan ringkas itu bagi maksud memperakui pemindahan-pemindahan bagi pihak ejen itu.

(8)

Penerbit yang gagal mematuhi subseksyen (4) atau (5) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal sesuatu kesalahan yang berterusan, boleh, sebagai tambahan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu berterusan.

(9)

Seksyen ini tidaklah terpakai bagi sekuriti-sekuriti pembawa.