Malaysia legislation

Section 22

of AKTA PERINDUSTRIAN SEKURITI (DEPOSITORI PUSAT) 1991

Seksyen 22

PENGGAL II—PENGELUARAN SEKURITI-SEKURITI

(2)

Jika suatu permohonan dibuat di bawah seksyen ini untuk mengeluarkan sesuatu sekuriti telah-deposit yang didaftarkan atas nama suatu depositori pusat atau syarikat namaannya, depositori pusat itu hendaklah menyerah-simpan dengan penerbit—

(a)

skrip yang merupakan sekuriti itu; dan

(b)

suratcara pemindahan yang disempurnakan dengan sewajarnya oleh depositori pusat itu atau syarikat namaannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi maksud melaksanakan pemindahan sekuriti itu kepada pendeposit itu atau kepada mana-mana orang yang dinamakan olehnya.

(3)

Seseorang pendeposit hendaklah, apabila tuntutan dibuat oleh suatu depositori pusat, membayar kepada depositori pusat itu amaun yang berkenaan bagi duti setem yang kena dibayar ke atas suratcara pemindahan yang hendak diserahsimpan dengan penerbit di bawah subseksyen (2).

(4)

Walau apa pun peruntukan-peruntukan seksyen 107 Akta Syarikat 1965, penerbit hendaklah, dalam masa dua minggu selepas skrip dan suratcara pemindahan yang berkenaan dengannya itu diserahsimpan dengannya,—

(a)

menyiapkan dan menyediakan bagi penyerahan kepada pendeposit itu sijil yang berkenaan yang didaftarkan atas nama pendeposit tersebut atau atas nama mana-mana orang yang dinamakan olehnya, dan apa-apa dokumen lain yang berkaitan dengan sekuriti itu, jika ada; dan

(b)

melainkan jika diarahkan selainnya oleh pendeposit itu, menghantar atau menyerahkan sijil yang telah siap itu dan apa-apa dokumen lain, jika ada, kepada pendeposit itu atau kepada mana-mana orang yang dinamakan olehnya.

(5)

Bagi maksud-maksud subseksyen (3) dan Akta Setem 1949, balasan bagi pemindahan sesuatu sekuriti kepada seseorang pendeposit hendaklah disifatkan sebagai—

(a)

dalam hal sekuriti telah-deposit tersenarai, harga penutup bagi sekuriti tersebut yang disiarkan oleh suatu bursa saham (di mana sekuriti tersebut disenaraikan) sepertimana pada hari pasaran yang terakhir yang padanya sekuriti tersebut telah diperdagangkan sebelum daripada pengemukaan permohonan di bawah subseksyen (1); dan

(b)

dalam hal sekuriti telah-deposit tak tersenarai, nilai agregat nominal bagi sekuriti tersebut.

31