Malaysia legislation

Section 34

of AKTA PERINDUSTRIAN SEKURITI (DEPOSITORI PUSAT) 1991

Seksyen 34

(2)

Rekod pendeposit-pendeposit yang dikehendaki oleh sesuatu penerbit di bawah subseksyen (1) hendaklah dikeluarkan oleh depositori pusat itu dalam tempoh yang berikut:

(a)

dalam hal di mana penerbit menghendaki pengeluaran suatu rekod pendeposit-pendeposit—

(i)

sepertimana pada tarikh notis itu, tidak lewat daripada tiga hari pasaran dari tarikh tersebut;

11A1016

(ii)

sepertimana pada suatu tarikh yang terkemudian daripada tarikh notis itu (dalam seksyen ini disebut sebagai "tarikh terkemudian tersebut"), tidak lewat daripada tiga hari pasaran selepas tarikh terkemudian tersebut;

(b)

dalam hal di mana penerbit menghendaki pengeluaran suatu rekod pendeposit-pendeposit sepertimana pada suatu tarikh yang lebih awal daripada tarikh notis itu (yang bukanlah suatu tarikh yang lebih awal daripada satu tahun), tidak lewat daripada satu bulan selepas tarikh notis itu.

(3)

Rekod pendeposit-pendeposit hendaklah mengandungi nama, alamat, nombor kad pengenalan yang dikeluarkan di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959, jika ada, bangsa, kerakyatan, dan apa-apa maklumat lain dan butir-butir mengenai pendeposit-pendeposit itu sebagaimana yang dikehendaki oleh penerbit itu, dan dalam hal penerbit yang adalah suatu syarikat yang mempunyai modal syer, suatu pernyataan mengenai bilangan sekuriti-sekuriti telah-deposit yang diperolehi oleh setiap pendeposit.

(4)

Rekod pendeposit-pendeposit yang didapatkan oleh penerbit di bawah seksyen ini hendaklah tersedia ada untuk pemeriksaan oleh mana-mana anggota penerbit itu (termasuklah seseorang pendeposit) tanpa sebarang caj dan oleh mana-mana orang lain, setelah membuat bayaran sebanyak satu ringgit atau suatu jumlah wang yang kurang daripadanya sebagaimana yang dikehendaki oleh penerbit itu, berkenaan dengan setiap pemeriksaan.

(5)

Mana-mana anggota sesuatu penerbit atau manamana orang lain boleh menghendaki penerbit itu memberikan kepadanya suatu salinan rekod pendepositpendeposit, atau mana-mana bahagian daripadanya, tetapi hanya setakat yang berhubungan dengan nama-nama, alamat-alamat, dan bilangan sekuriti-sekuriti yang dipegang, setelah membuat bayaran terlebih dahulu sebanyak satu ringgit, atau suatu jumlah wang yang kurang daripadanya sebagaimana yang dikehendaki oleh penerbit itu, berkenaan dengan tiap-tiap seratus perkataan atau sebahagian pecahannya yang dikehendaki disalinkan.

(6)

Salinan rekod pendeposit-pendeposit, atau manamana bahagiannya, yang dikehendaki di bawah subseksyen (5) hendaklah dibekalkan kepada orang yang menghendaki salinan itu dalam tempoh dua puluh satu hari atau suatu tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh/Pendaftar dalam halkeadaan itu, bermula dari hari selepas tarikh penerimaan permintaan itu oleh penerbit itu.