Malaysia legislation

Section 37

of AKTA PERINDUSTRIAN SEKURITI (DEPOSITORI PUSAT) 1991

Seksyen 37

(2)

Apabila selesainya pengumpukan atau penguntukan sekuriti tersebut, penerbit atau pembuat tawaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dengan serta-merta menyerahkan atau menyebabkan diserahkan kepada depositori pusat itu suatu rekod pemohon-pemohon yang berjaya bersama-sama dengan butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh depositori pusat itu bagi maksud membuat catatan-catatan yang sesuai dalam akaun-akaun sekuriti pemohon-pemohon itu masing-masing, bersama-sama dengan skripskrip (dalam peringkat-peringkat nilai seperti yang dinyatakan oleh depositori pusat itu) yang didaftarkan atas nama depositori pusat itu atau syarikat namaannya.

(3)

Bagi maksud-maksud seksyen ini, "pembuat tawaran", berhubungan dengan mana-mana sekuriti, ertinya pemunya sekuriti itu.

(4)

Sesuatu sebutan mengenai sekuriti yang dicadangkan untuk disenaraikan di suatu bursa saham dalam seksyen ini hendaklah ditafsirkan sebagai suatu sebutan mengenai sesuatu sekuriti yang telah diluluskan oleh bursa saham itu untuk disenaraikan bagi disebutharga pada senarai rasmi bursa saham itu.

(5)

Tanpa menjejaskan subsekysen (2), peruntukanperuntukan dalam seksyen 107 Akta Syarikat 1965tidaklah, berhubungan dengan sekuriti-sekuriti yang disebutkan dalam subseksyen (1), terpakai bagi penerbitsekuriti itu.