Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
Jika sesuatu depositori pusat atau ejen depositori diberikuasanya menyimpan atau menyenggarakan suatu rekod atau akaun yang dikehendaki disimpan atau disenggarakan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini melalui sesuatu alat mekanikal, alat elektronik, atau apaapa alat lain, mana-mana orang yang—
(a)
merekodkan atau menyimpan, melalui alat itu, maklumat yang dia mengetahui atau patut mengetahui adalah palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir material;
(b)
memalsukan; atau
(ii)
dengan niat untuk memalsukan, memusnahkan atau membuang—
(aa) maklumat yang direkodkan atau disimpan melalui alat itu;
(bb) maklumat yang telah disediakan bagi maksud untuk direkodkan atau disimpan melalui alat itu;
(cc)
maklumat yang telah disediakan untuk digunakan dalam menyusun rekod-rekod;
(dd)
maklumat yang telah disediakan untuk digunakan dalam mendapatkan kembali maklumat lain yang telah direkodkan atau disimpan melalui alat itu;
(c)
mempunyai kewajipan untuk merekodkan atau menyimpan maklumat melalui alat itu, gagal merekodkan atau menyimpan maklumat sedemikian—
(i)
dengan niat untuk memalsukan, pada keseluruhan atau sebahagiannya, manamana catatan yang dibuat, atau rekod yang hendak disusun, daripada maklumat yang telah direkodkan atau disimpan; atau
(ii)
dengan mengetahui bahawa kegagalan untuk merekodkan atau menyimpan maklumat itu dengan demikian akan menjadikan palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir material maklumat lain yang direkodkan atau disimpan sedemikian, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.