Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan yang berikut:
(a)
suatu salinan memorandum dan perkara-perkara persatuan, yang telah ditentusahkan dengan sewajarnya melalui suatu akuan berkanun yang dibuat oleh seorang pengarah pemohon;
(b)
suatu salinan kunci kira-kira, akaun untung rugi yang diaudit (bersama dengan apa-apa nota mengenainya) yang terakhir dan laporan-laporan, jika ada, daripada juruaudit-juruaudit dan pengarah-pengarah pemohon;
(c)
suatu pernyataan mengenai yang berikut:
(i)
nama, tempat dan tarikh pemerbadanan pemohon;
(ii)
pejabat berdaftar dan tempat ataupun tempat yang dicadangkan bagi perniagaan pemohon;
(iii)
nama dan alamat pengarah-pengarah pemohon dan perbadanan-perbadanan berkaitannya, dan pemegang-pemegang syer substansial, mengikut pengertian seksyen 69D Akta Syarikat 1965, bagi pemohon dan perbadanan-perbadanan berkaitannya; dan
(iv)
nama bursa saham, jika ada, yang berkenaan dengannya depositori pusat itu akan ditubuhkan dan disenggarakan;
(d)
maklumat pengendalian mengenai sistem yang akan diwujudkan dan disenggarakan oleh depositori pusat itu;
(e)
suatu salinan kaedah-kaedah yang akan terpakai bagi depositori pusat itu;
(f)
fee-fee dan caj-caj yang dicadangkan yang akan dikenakan oleh pemohon berkenaan dengan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang akan diadakan oleh depositori pusat itu, termasuklah fee-fee dan caj-caj bagi—
(i)
perwujudan dan penyenggaraan akaun-akaun sekuriti;
(ii)
pendepositan dan pengeluaran sekuriti-sekuriti;
(iii)
pengeluaran penyata-penyata akaun di bawah seksyen 26;
(iv)
pembuatan catatan-catatan dalam akaun-akaun sekuriti berkenaan dengan transaksi-transaksi luar-pasaran di bawah seksyen 31;
(v)
pengeluaran rekod-rekod pendeposit pendeposit di bawah seksyen 34;
(vi)
pembuatan catatan-catatan dalam akaun-akaun sekuriti menurut apa-apa gadaian atau sandaran sekuriti-sekuriti telah-deposit di bawah seksyen 40; dan
(g)
apa-apa maklumat atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Menteri bagi maksud-maksud menentukan permohonan dan kesesuaian pemohon itu untuk menubuhkan dan menyenggarakan suatu depositori pusat.
(2A)
...
(3)
Pada bila-bila masa selepas menerima sesuatu permohonan, Menteri boleh, melalui notis bertulis, menghendaki pemohon memberikan maklumat atau dokumen-dokumen tambahan.