Malaysia legislation
Section 53
Seksyen 53
(a)
memberi suatu arahan kepada—
(i)
suatu depositori pusat;
(ii)
suatu syarikat namaan bagi suatu depositori pusat;
(iv)
seorang pengguna;
(iii)
seorang ejen depositori diberikuasa;
(v)
seseorang yang menjadi atau pernah menjadi seorang pegawai atau pekerja, atau seorang ejen, peguambela dan peguamcara, juruaudit, atau orang lain yang bertindak atas apa-apa sifat untuk atau bagi pihak, suatu depositori pusat, atau syarikat namaannya, atau seorang ejen depositori diberikuasa, atau seorang pengguna, yang menghendaki pengemukaan, kepada Pendaftar, akan rekod-rekod atau akaun-akaun sebagaimana yang dinyatakan sedemikian, yang adalah rekod-rekod dan akaun-akaun yang berhubungan dengan—
(vi)
urusan atau hal-ehwal suatu depositori pusat atau syarikat namaannya, atau seorang ejen depositori diberikuasa, atau seorang pengguna;
(vii)
apa-apa rekod atau akaun yang dikehendaki untuk disimpan menurut seksyen 27; atau
(b)
memberi suatu arahan kepada mana-mana orang yang menghendaki pengemukaan, kepada Pendaftar, akan apa-apa rekod atau akaun yang berhubungan dengan perkara-perkara yang disebutkan dalam subperenggan (a) (vi) atau (a) (vii) yang berada dalam penjagaan atau di bawah kawalan orang itu:
Dengan syarat bahawa pengemukaan rekod atau akaun tersebut tidak boleh dikehendaki pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang akan mengganggu penjalanan wajar urusan harian biasa orang itu.
(2)
Sesuatu sebutan dalam subseksyen (1) mengenai urusan yang dijalankan oleh seseorang hendaklah disifatkan sebagai termasuklah sebutan mengenai urusan yang dijalankan oleh seseorang sebagai pemegang amanah.
(3)
Jika Pendaftar menghendaki pengemukaan apa-apa rekod atau akaun di bawah seksyen ini dan seseorang ada mempunyai lien ke atas rekod atau akaun itu, maka pengemukaan rekod atau akaun tersebut tidaklah menjejaskan lien itu.
(4)
Jika Pendaftar menjalankan kuasa di bawah seksyen ini untuk menghendaki seseorang lain supaya mengemukakan rekod-rekod atau akaun-akaun—
(a)
jika rekod-rekod atau akaun-akaun itu dikemukakan, Pendaftar—
(i)
boleh mengambil milikan rekod-rekod atau akaun-akaun itu dan membuat salinan-salinan, atau mengambil cabutancabutan daripada, rekod-rekod atau akaun-akaun itu;
(ii)
boleh menghendaki orang lain itu atau mana-mana orang lain yang menjadi pihak dalam penyusunan rekod-rekod atau akaun-akaun itu untuk membuat suatu pernyataan yang memberi penjelasan mengenai mana-mana daripada rekod-rekod atau akaun-akaun itu;
(iii)
boleh memegang milikan rekod-rekod atau akaun-akaun itu selama mana yang difikirkan perlu oleh/Pendaftar; dan
(iv)
hendaklah membenarkan orang lain itu, apabila memberi notis yang munasabah dan perihalan mengenai rekod-rekod atau akaun-akaun itu, untuk mempunyai akses kepada rekod-rekod atau akaun-akaun itu yang berada dalam milikan Pendaftar; atau
(b)
jika rekod-rekod atau akaun-akaun itu tidak dikemukakan, Pendaftar boleh menghendaki orang lain itu—
(i)
untuk menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana rekod-rekod atau akaun-akaun itu boleh dijumpai; dan
(ii)
untuk mengenalpasti orang yang, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, akhir sekali mempunyai penjagaan rekod-rekod atau akaun-akaun itu dan untuk menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana orang yang akhir disebut itu boleh dijumpai.
(5)
Kuasa yang diberikan oleh seksyen ini untuk membuat suatu kehendak ke atas seseorang itu, jika orang tersebut adalah suatu pertubuhan perbadanan, adalah meliputi kuasa untuk membuat kehendak itu ke atas manamana orang yang menjadi atau pernah menjadi seorang pegawai pertubuhan perbadanan itu.
(6)
Seseorang yang, tanpa alasan yang sah, enggan atau gagal mematuhi suatu kehendak yang dibuat di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit, atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, hendaklah, sebagai tambahan, boleh dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas hari keempat belas dari tarikh orang tersebut dikehendaki mematuhi kehendak tersebut.