Malaysia legislation
Section 58
Seksyen 58
(a)
atas permohonan Pendaftar, adalah ternyata kepada Mahkamah Tinggi bahawa seseorang—
(i)
telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini berhubungan dengan apa-apa urusniaga sekuriti-sekuriti telah-deposit; atau
(ii)
telah melanggar kaedah-kaedah suatu depositori pusat; atau
(iii)
akan melakukan suatu perbuatan berkenaan dengan apa-apa urusniaga sekuriti-sekuriti telah-deposit yang, jika dilakukan, adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini atau adalah menjadi suatu pelanggaran kaedah-kaedah suatu depositori pusat; atau
(b)
atas permohonan suatu depositori pusat, adalah ternyata kepada Mahkamah Tinggi bahawa seseorang telah melanggar kaedah-kaedah depositori pusat tersebut,
Mahkamah Tinggi boleh, tanpa menjejaskan apa-apa perintah yang ia berhak membuat selain daripada menurut seksyen ini, membuat satu atau lebih daripada perintah-perintah berikut:
(c)
dalam hal pelanggaran-pelanggaran yang kerap atau berterusan terhadap Akta ini, atau terhadap kaedah-kaedah suatu depositori pusat, suatu perintah menyekat seseorang daripada bertindak sebagai ejen depositori diberikuasa atau daripada mengemukakan dirinya sebagai bertindak demikian;
(d)
suatu perintah menyekat seseorang daripada mengeluarkan atau selainnya berurusniaga dengan mana-mana sekuriti telah-deposit yang dinyatakan dalam perintah itu;
(e)
bagi maksud menjaminkan pematuhan apa-apa perintah lain yang dibuat di bawah seksyen ini, suatu perintah mengarahkan seseorang untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan tertentu; dan
(f)
apa-apa perintah sampingan yang disifatkan sebagai diingini berbangkit daripada pembuatan sesuatu perintah di bawah mana-mana peruntukan yang terdahulu dalam subseksyen ini.
(2)
Mahkamah Tinggi boleh, sebelum membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1), mengarahkan supaya notis permohonan itu diberikan kepada mana-mana orang yang difikirkannya patut atau mengarahkan supaya notis permohonan itu disiarkan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, atau kedua-duanya.
(3)
Mana-mana orang yang gagal mematuhi suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua-tahun atau kedua-duanya.
(4)
Subseksyen (3) tidaklah menyentuh kuasa-kuasa Mahkamah Tinggi berhubungan dengan hukuman bagi penghinaan mahkamah.
(5)
Mahkamah Tinggi boleh membatalkan, mengubah atau melepaskan sesuatu perintah yang dibuat olehnya di bawah seksyen ini atau menggantungkan penguatkuasaan sesuatu perintah tersebut.