Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(a)
dalam hal perkhidmatan bercukai, pada masa pembayaran diterima bagi perkhidmatan yang diberikan oleh orang berdaftar itu kepada pelanggan; atau
(b)
dalam hal perkhidmatan bercukai diimport, pada masa pembayaran dibuat atau invois diterima bagi perkhidmatan itu, mana-mana yang lebih awal.
(1A)
Ketua Pengarah boleh, atas permohonan secara bertulis oleh mana-mana orang berdaftar dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya, meluluskan cukai perkhidmatan berkenaan dengan perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang berdaftar itu menjadi genap masa pada masa invois dikeluarkan.
(2)
Jika keseluruhan atau mana-mana bahagian bayaran bagi mana-mana perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang berdaftar tidak diterima daripada pelanggan dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh perkhidmatan bercukai itu diberikan, cukai perkhidmatan hendaklah menjadi genap masa pada hari yang mengikuti tempoh dua belas bulan itu.
(3)
Walau apa pun subseksyen (1)—
(a)
cukai perkhidmatan yang dikehendaki untuk diakaunkan dalam apa-apa penyata yang dibuat di bawah subseksyen 26(3) hendaklah menjadi genap masa pada hari penyata itu dikehendaki untuk dikemukakan kepada Ketua
Pengarah;
(aa) jika mana-mana perkhidmatan bercukai diberikan oleh mana-mana orang berdaftar dan pembayaran bagi
24
Undang-Undang Malaysia perkhidmatan bercukai itu dibuat kepada apa-apa mesin atau alat yang dikendalikan dengan syiling, token atau seumpamanya, cukai perkhidmatan yang dikehendaki untuk diakaunkan hendaklah menjadi genap masa pada hari syiling, token atau seumpamanya itu dipungut daripada mesin atau alat itu;
(b)
cukai perkhidmatan berkenaan dengan pertaruhan dan perjudian yang ditetapkan sebagai perkhidmatan bercukai hendaklah menjadi genap masa pada masa sebagaimana yang ditetapkan;
(c)
jika suatu perkiraan atau perjanjian bagi pemberian apa-apa perkhidmatan bercukai dibuat oleh mana-mana orang, yang merupakan orang bercukai di bawah Akta ini, dalam tempoh bermula dari 1 Jun 2018 dan berakhir sebaik sebelum tarikh efektif, dan perkhidmatan bercukai itu diberikan atau dilaksanakan pada atau selepas tarikh efektif—
(i)
perkiraan atau perjanjian bagi pemberian apa-apa perkhidmatan bercukai itu hendaklah disifatkan telah dibuat pada tarikh perkhidmatan bercukai itu diberikan atau dilaksanakan walaupun apa-apa pembayaran, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, diterima atau invois dikeluarkan, bagi perkhidmatan bercukai itu dalam tempoh itu;
(ii)
apa-apa pembayaran yang diterima dalam tempoh itu atau pada atau selepas tarikh efektif, atau invois dikeluarkan dalam tempoh itu, hendaklah disifatkan telah diterima atau dikeluarkan pada tarikh perkhidmatan bercukai itu diberikan atau dilaksanakan; dan
(iii)
cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan dan dilevikan ke atas perkhidmatan bercukai itu dan hendaklah menjadi genap masa pada tarikh
Cukai Perkhidmatan 25
perkhidmatan bercukai itu diberikan atau dilaksanakan.
(4)
Jika perkhidmatan bercukai yang disebut dalam perenggan (3)(c) ialah pertaruhan dan perjudian, cukai perkhidmatan berkenaan dengan pertaruhan dan perjudian itu hendaklah menjadi genap masa pada masa yang ditetapkan di bawah perenggan (3)(b).
(5)
Perenggan (3)(c) tidak terpakai bagi perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan bercukai selepas 1 September 2018.