Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 12

(a)

mana-mana orang yang memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai; dan

(b)

jumlah nilai perkhidmatan bercukai orang yang disebut dalam perenggan (a), bagi maksud pendaftaran orang itu di bawah Bahagian ini.

(2)

Mana-mana orang yang memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai bertanggungan untuk berdaftar pada masa yang berikut, mana-mana yang lebih awal:

(a)

pada akhir mana-mana bulan, jika jumlah nilai semua perkhidmatan bercukainya dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik sebelum bulan itu telah melebihi jumlah nilai perkhidmatan bercukai yang ditetapkan di bawah subseksyen (1); atau 26

Undang-Undang Malaysia

(b)

pada akhir mana-mana bulan, jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa jumlah nilai semua perkhidmatan bercukainya dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik selepas bulan itu akan melebihi jumlah perkhidmatan bercukai yang ditetapkan di bawah subseksyen (1).

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), Menteri boleh menetapkan mana-mana orang yang memberikan perkhidmatan bercukai bertanggungan untuk berdaftar pada tarikh permulaan perniagaan.

(4)

Jumlah nilai semua perkhidmatan bercukai seseorang yang memberi perkhidmatan bercukai dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik sebelum bulan itu yang disebut dalam perenggan (2)(a) tidak ambil kira jika—

(a)

pendaftaran orang yang memberikan perkhidmatan bercukai itu dibatalkan, selain di bawah subseksyen 20(3), dalam tempoh itu; dan

(b)

Ketua Pengarah berpuas hati bahawa sebelum pendaftaran orang itu dibatalkan, orang itu telah memberikan semua maklumat yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah bagi menentukan sama ada untuk membatalkan pendaftaran itu atau tidak.

(5)

Seksyen ini tidak terpakai bagi pemberi perkhidmatan asing.

Permohonan bagi pendaftaran