Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(2)
Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima,
Ketua Pengarah boleh meluluskan permohonan itu, tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya.
(3)
Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan orang di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa dari hari pertama bagi bulan selepas bulan yang permohonan di bawah subseksyen (1) dibuat atau dari apa-apa tarikh yang lebih awal sebagaimana yang dipersetujui antara
Ketua Pengarah dengan orang itu tetapi tarikh itu tidak boleh lebih awal daripada tarikh orang itu menjadi bertanggungan untuk berdaftar.
(4)
Jika mana-mana orang tidak mematuhi subseksyen (1),
Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan orang itu pada tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah tetapi tidak boleh lebih awal daripada tarikh orang itu bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12.
(5)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan.
(6)
Seksyen ini tidak terpakai bagi pemberi perkhidmatan asing.
Pendaftaran sukarela