Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(a)
orang yang dinamakan dalam arahan itu dianggap sebagai orang kena cukai tunggal yang menjalankan aktiviti perniagaan yang diperihalkan dalam arahan itu berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam arahan itu; dan
(b)
orang kena cukai tunggal yang disebut dalam perenggan (a)
didaftarkan berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam arahan itu.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), dalam menentukan sama ada apa-apa pengasingan aktiviti perniagaan adalah dibuat-buat, hendaklah diambil kira setakat yang orang yang berlainan yang menjalankan aktiviti perniagaan itu berkait rapat antara satu sama lain melalui hubungan kewangan, ekonomi dan organisasi.
(3)
Ketua Pengarah boleh membuat arahan di bawah subseksyen (1)
dengan menamakan mana-mana orang jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa—
(a)
orang itu memberikan atau telah memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai;
(b)
aktiviti yang dalam penjalanannya orang itu memberikan atau telah memberikan perkhidmatan bercukai tersebut menjadi hanya sebahagian daripada aktiviti tertentu dalam perniagaan itu dan bahawa aktiviti lain dalam perniagaan itu, sama ada atau tidak aktiviti lain itu serupa dengan aktiviti yang dijalankan oleh orang itu, dijalankan serentak atau dijalankan sebelum itu, atau kedua-duanya, oleh seorang yang lain atau lebih daripada seorang yang lain; dan
Cukai Perkhidmatan 29
(c)
jika semua perkhidmatan bercukai yang diberikan dalam perniagaan itu diambil kira, orang yang menjalankan perniagaan itu akan, pada masa arahan itu dibuat, dikehendaki untuk berdaftar menurut kuasa seksyen 12.
(4)
Apa-apa arahan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada setiap orang yang dinamakan dalam arahan itu.
(5)
Jika, selepas suatu arahan telah dibuat di bawah subseksyen (1), ternyata pada Ketua Pengarah bahawa mana-mana orang yang tidak dinamakan dalam arahan itu sedang memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai dalam penjalanan aktiviti yang patut dianggap sebagai sebahagian daripada aktiviti perniagaan itu, Ketua Pengarah boleh membuat dan menyampaikan kepada orang itu suatu arahan tambahan yang menambah nama orang itu kepada nama orang yang dinamakan dalam arahan di bawah subseksyen (1).
(6)
Apabila nama orang itu ditambah dalam arahan di bawah subseksyen (5), orang itu hendaklah dianggap sebagai orang kena cukai tunggal yang menjalankan aktiviti perniagaan yang diperihalkan dalam arahan di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam arahan itu.
(7)
Jika, sebaik sebelum apa-apa arahan termasuk arahan tambahan dibuat, mana-mana orang yang dinamakan dalam arahan itu telah didaftarkan berkenaan dengan perkhidmatan bercukai yang diberikan olehnya sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (3) atau (5), pendaftarannya hendaklah dibatalkan oleh Ketua Pengarah berkuat kuasa dari tarikh orang kena cukai tunggal didaftarkan di bawah subseksyen (1).
(8)
Apabila pendaftaran di bawah subseksyen (7) dibatalkan, orang yang pendaftarannya telah dibatalkan itu bersama dengan semua orang lain yang dinamakan dalam arahan di bawah subseksyen (1) hendaklah dianggap sebagai orang kena cukai tunggal.
(9)
Berhubung dengan suatu perniagaan yang dinyatakan dalam suatu arahan, orang yang dinamakan dalam arahan itu bersama dengan mana-mana orang yang dinamakan dalam suatu arahan tambahan yang
30
Undang-Undang Malaysia berhubungan dengan perniagaan itu, sebagai orang yang bersama-sama dianggap sebagai orang kena cukai tunggal, disebut sebagai “anggota konstituen” dalam subseksyen (10) dan (11).
(10)
Jika apa-apa arahan dibuat di bawah subseksyen (1)—
(a)
orang kena cukai tunggal yang menjalankan perniagaan yang dinyatakan dalam arahan itu hendaklah didaftarkan atas apa-apa nama sebagaimana yang dicadangkan oleh orang yang dinamakan dalam arahan itu secara bersesama melalui notis secara bertulis yang diberikan kepada Ketua
Pengarah tidak lewat daripada empat belas hari selepas tarikh arahan itu disampaikan kepada orang yang terakhir daripada orang yang dinamakan dalam arahan itu atau, jika tiada apa-apa cadangan, atas apa-apa nama yang dinyatakan dalam arahan itu;
(b)
apa-apa perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh salah seorang anggota konstituen dalam penjalanan aktiviti orang kena cukai tunggal itu hendaklah dianggap sebagai perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang kena cukai tunggal itu;
(c)
setiap anggota konstituen hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar oleh orang kena cukai tunggal itu;
(d)
tanpa menjejaskan perenggan (c), apa-apa kegagalan oleh orang kena cukai tunggal itu untuk mematuhi apa-apa kehendak yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah dianggap sebagai kegagalan oleh setiap anggota konstituen secara berasingan; dan
(e)
tertakluk pada perenggan (a) hingga (d), anggota konstituen hendaklah dianggap sebagai suatu perkongsian yang menjalankan perniagaan orang kena cukai tunggal dan apa-apa persoalan mengenai skop aktiviti perniagaan itu
Cukai Perkhidmatan 31
pada bila-bila masa hendaklah ditentukan dengan sewajarnya.
(11)
Jika Ketua Pengarah mendapati bahawa mana-mana orang yang merupakan salah seorang daripada anggota konstituen tidak lagi patut dianggap sedemikian bagi maksud perenggan (10)(c) dan (d) dan
Ketua Pengarah memberikan notis secara bertulis bagi maksud sedemikian, orang itu—
(a)
tidak lagi mempunyai apa-apa tanggungan menurut kuasa perenggan (10)(c) dan (d) bagi apa-apa jua yang dilakukan selepas tarikh yang dinyatakan dalam notis itu; dan
(b)
pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu, hendaklah dianggap sebagai telah terhenti menjadi anggota perkongsian yang disebut dalam perenggan (10)(e).
(12)
Seksyen ini tidak terpakai bagi pemberi perkhidmatan asing.
Pendaftaran perkongsian