Malaysia legislation

Section 17

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 17

(2)

Ketua Pengarah boleh meluluskan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya jika dia berpuas hati bahawa orang berdaftar itu memenuhi kehendak yang berikut:

(a)

berkemungkinan akan menyebabkan kesulitan sebenar bagi orang berdaftar untuk mengemukakan suatu penyata tunggal berkenaan dengan semua cawangan atau bahagian jika tidak kerana pendaftaran berasingan;

34

Undang-Undang Malaysia

(b)

setiap cawangan atau bahagian menyenggara suatu akaun yang berasingan berkenaan dengan aktivitinya;

(c)

setiap cawangan atau bahagian boleh dikenal pasti secara berasingan dengan merujuk kepada sifat aktiviti yang dijalankan oleh atau lokasi cawangan atau bahagian itu; dan

(d)

setiap cawangan atau bahagian mempunyai tempoh bercukai yang sama.

(3)

Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa, melalui notis secara bertulis kepada orang berdaftar, membatalkan pendaftaran yang diluluskan di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan mana-mana atau semua cawangan atau bahagian jika dia berpuas hati bahawa—

(a)

orang berdaftar itu telah gagal untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen (2);

(b)

mana-mana kehendak yang disebut dalam subseksyen (2)

telah terhenti terpakai;

(c)

orang berdaftar itu telah memberikan apa-apa perisytiharan atau maklumat yang palsu, mengelirukan atau tidak tepat dalam permohonannya di bawah subseksyen (1); atau

(d)

ia adalah perlu bagi perlindungan hasil.

(4)

Jika Ketua Pengarah membatalkan pendaftaran mengikut subseksyen (3), pembatalan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(5)

Tertakluk pada subseksyen (6), orang berdaftar boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah bagi mana-mana cawangan atau bahagian yang didaftarkan secara berasingan di bawah subseksyen (2)

supaya terhenti didaftarkan sedemikian, dan Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran secara berasingan itu berkuat kuasa dari tarikh permohonan itu atau dari apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Cukai Perkhidmatan 35

(6)

Orang berdaftar yang berdaftar di bawah subseksyen (2)

hendaklah terus berdaftar bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada dua tahun atau apa-apa tempoh lain yang lebih pendek sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(7)

Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.

Pemberhentian tanggungan untuk berdaftar