Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 20

(2)

Jika tiada pemberitahuan dibuat di bawah seksyen 19 dan Ketua

Pengarah berpuas hati bahawa orang berdaftar telah berhenti memberikan perkhidmatan bercukai atau telah terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 18, Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftarannya dari tarikh orang berdaftar itu berhenti memberikan perkhidmatan bercukai atau terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 18, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau dari apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pada hari orang berdaftar didaftarkan—

Cukai Perkhidmatan 37

(a)

dalam hal seorang yang telah didaftarkan di bawah seksyen 13, orang berdaftar itu telah tidak bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12 atau telah berhenti memberikan perkhidmatan bercukai; atau

(b)

dalam hal seorang yang telah didaftarkan di bawah seksyen 14, orang itu telah tidak memberikan perkhidmatan bercukai atau telah berhenti memberikan perkhidmatan bercukai,

Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran orang itu berkuat kuasa dari tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dalam pemberitahuan secara bertulis kepada orang itu.

(4)

Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran orang berdaftar di bawah subseksyen 14(2) jika orang berdaftar itu melanggar apa-apa syarat yang dikenakan berhubung dengan pendaftaran itu berkuat kuasa dari tarikh pelanggaran itu atau dari apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(5)

Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.

Perubahan pendaftaran