Malaysia legislation

Section 20A

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 20A

(2)

Jika tiada pemberitahuan dibuat di bawah seksyen 19 dan Ketua

Pengarah berpuas hati bahawa orang berdaftar telah berhenti memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai atau telah terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 18, Ketua Pengarah boleh mengubah pendaftaran orang itu atau butir-butir pendaftaran orang itu dari tarikh orang berdaftar itu berhenti memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai.

38

Undang-Undang Malaysia

(3)

Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pada hari orang itu didaftarkan⎯

(a)

dalam hal seorang yang telah didaftarkan di bawah seksyen 13, orang itu telah tidak bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12, telah tidak memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai atau telah berhenti untuk memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai; atau

(b)

dalam hal seorang yang telah didaftarkan di bawah seksyen 14, orang itu telah tidak memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai atau telah berhenti memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai,

Ketua Pengarah boleh mengubah pendaftaran orang itu atau butir-butir pendaftaran orang itu berkuat kuasa dari tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dalam pemberitahuan secara bertulis kepada orang itu.