Malaysia legislation

Section 21

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 21

(1A)

Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, atas permintaan secara bertulis oleh orang berdaftar dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya, meluluskan supaya invois tidak dikeluarkan jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa adalah tidak wajar orang berdaftar itu mengeluarkan invois.

Cukai Perkhidmatan 39

(2)

Tiada invois yang menunjukkan suatu amaun yang berupa sebagai cukai perkhidmatan boleh dikeluarkan atas pemberian perkhidmatan—

(a)

yang bukan perkhidmatan bercukai; atau

(b)

oleh seseorang yang bukan orang berdaftar.

(3)

Amaun cukai perkhidmatan yang kena dibayar hendaklah dipungut oleh orang berdaftar daripada pelanggan sebagai tambahan kepada nilai dan apa-apa amaun lain yang terhutang dan kena dibayar oleh pelanggan itu berkenaan dengan perkhidmatan bercukai itu.

(3A)

Walau apa pun subseksyen (3), jika pembayaran bagi perkhidmatan bercukai dibuat kepada apa-apa mesin atau alat yang dikendalikan dengan syiling, token atau seumpamanya, amaun pembayaran itu hendaklah termasuk amaun cukai perkhidmatan yang boleh dikenakan.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)

melakukan suatu kesalahan.

(5)

Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.

Pengeluaran invois oleh komputer