Malaysia legislation

Section 25

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 25

(2)

Orang kena cukai boleh memohon secara bertulis kepada Ketua

Pengarah untuk suatu tempoh bercukai selain tempoh sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1).

(3)

Ketua Pengarah boleh, apabila apa-apa permohonan bawah subseksyen (2) diterima—

(a)

membenarkan permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah tempoh sebagaimana yang dipohon;

(b)

menolak permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah kekal sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1); atau

(c)

mengubah tempoh bagi tempoh bercukai atau tarikh tempoh bercukai itu bermula atau berakhir.

(4)

Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, menetapkan semula orang kena cukai kepada mana-mana tempoh bercukai selain tempoh yang telah ditentukan kepadanya sebelum itu di bawah subseksyen (1) atau (3).

(5)

Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.

Pengemukaan penyata dan pembayaran cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar