Malaysia legislation

Section 26

of *AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018

Seksyen 26

(2)

Jika tempoh bercukai telah diubah di bawah perenggan 25(3)(c)

dan walau apa pun subseksyen (1), penyata itu hendaklah dikemukakan dalam masa tiga puluh hari dari berakhirnya tempoh bercukai yang diubah itu.

(3)

Seseorang orang berdaftar yang terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 18 atau yang berhenti menjalankan perniagaan perkhidmatan bercukai di bawah seksyen 19

hendaklah, tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas pemberhentian itu, atau apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang dibenarkan oleh

Ketua

Pengarah, mengemukakan suatu penyata yang mengandungi butir-butir sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah berkenaan dengan bahagian tempoh bercukai yang terakhir itu yang dalamnya orang itu didaftarkan.

(4)

Mana-mana orang kena cukai yang dikehendaki untuk mengemukakan penyata di bawah seksyen ini hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar olehnya berkenaan dengan tempoh bercukai yang berhubungan dengan penyata itu tidak lewat daripada hari terakhir yang dia dikehendaki untuk mengemukakan penyata itu.

(5)

Penyata yang disebut dalam subseksyen (1), (2) dan (3)

hendaklah dikemukakan sama ada terdapat cukai perkhidmatan yang kena dibayar atau tidak.

(6)

Mana-mana orang kena cukai yang—

(a)

melanggar subseksyen (1), (2) atau (3); atau

(b)

mengemukakan suatu penyata yang tidak betul, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(7)

Jika apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya oleh mana-mana orang kena cukai selepas hari terakhir cukai perkhidmatan

44

Undang-Undang Malaysia itu genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (4) dan tiada pendakwaan dimulakan, orang kena cukai itu hendaklah membayar—

(a)

untuk tempoh tiga puluh hari pertama yang cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (4), suatu penalti sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar;

(b)

untuk tempoh tiga puluh hari kedua yang cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (4), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar; dan

(c)

untuk tempoh tiga puluh hari ketiga yang cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (4), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar.

(8)

Mana-mana orang kena cukai yang tidak membayar kepada

Ketua Pengarah amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(9)

Tertakluk pada subseksyen (11), pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (8) boleh dimulakan selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (7)(c).

(10)

Sebagai tambahan kepada apa-apa denda yang dikenakan oleh mahkamah di bawah subseksyen (8), mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana orang kena cukai yang disabitkan dengan

Cukai Perkhidmatan 45

kesalahan di bawah subseksyen (8) untuk membayar penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (7).

(11)

Tiada pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (8)

boleh dimulakan terhadap mana-mana orang kena cukai yang telah membayar amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang dinyatakan di bawah subseksyen (7) dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (7).

(12)

Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.

Pengemukaan perisytiharan dan pembayaran cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar oleh orang selain orang kena cukai