Malaysia legislation
Section 26A
Seksyen 26A
Cukai Perkhidmatan 43
(a)
mengakaunkan cukai perkhidmatan yang genap masa dalam suatu perisytiharan dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; dan
(b)
membayar kepada
Ketua
Pengarah amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar olehnya, tidak lewat daripada hari terakhir bulan selepas berakhirnya bulan yang pembayaran bagi perkhidmatan itu telah dibuat olehnya atau invois telah diterima olehnya.
(2)
Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang—
(a)
melanggar subperenggan (1)(a); atau
(b)
mengemukakan suatu perisytiharan yang tidak betul,
46
Undang-Undang Malaysia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(3)
Jika apa-apa cukai perkhidmatan genap masa dan kena dibayar tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya oleh mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) selepas hari terakhir cukai perkhidmatan itu genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1) dan tiada pendakwaan dimulakan, orang itu hendaklah membayar—
(a)
untuk tempoh tiga puluh hari pertama cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar;
(b)
untuk tempoh tiga puluh hari kedua cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar; dan
(c)
untuk tempoh tiga puluh hari ketiga cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar.
(4)
Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang tidak membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar di bawah perenggan (1)(b)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Cukai Perkhidmatan 47
(5)
Tertakluk pada subseksyen (7), pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (4) boleh dimulakan selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (3)(c).
(6)
Sebagai tambahan kepada apa-apa denda yang dikenakan oleh mahkamah di bawah subseksyen (4), mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang disabitkan atas kesalahan di bawah subseksyen (4) untuk membayar penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (3).
(7)
Tiada pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (4)
boleh dimulakan terhadap mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang telah membayar amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang dinyatakan di bawah subseksyen
(3)
dalam tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (3).
Kuasa untuk menaksir